Penempatan Pelajar
- Para pelajar akan ditempatkan di 1 blok asrama
- Para pelajar perlu menggunakan katil, tilam dan almari yang telah disediakan dan tidak dibenarkan berpindah ke tempat lain tanpa kebenaran Ketua Warden.
- Semasa penyerahan alatan kepada pelajar pada hari pertama pendaftaran, setiap alatan tersebut hendaklah diperiksa dan ditandakan dalam senarai Borang Penyerahan Alatan kepada pelajar. Sebarang kerosakan pada alatan tersebut setelah pemeriksaan semula akan dibiayai kosnya oleh para pelajar.
- Segala kerosakan asrama dan alat kelengkapan lain yang disediakan dan disebabkan oleh pelajar akan dikenakan bayaran ganti rugi dan jika tidak diketahui pelajar yang merosakkanya, semua pelajar di dalam asrama berkenaan harus bertanggung jawab menggantikannya atau membayar ganti rugi.
- Gotong royong perlu dilakukan pada setiap minggu dan melibatkan semua pelajar. Waktu wajib gotong royong adalah pada hari ahad.
- Pelajar wajib memastikan kawasan penempatan setiasa berada dalam keadaan yang bersih.
Penempatan Bilik
- Bilik mestilah kemas dan sentiasa bersih.
- Setiap almari dan katil mestilah mempunyai tanda nama
- Barang-barang seperti buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas.
- Sampah sarap dibuang di tempat yang disediakan.
- Gambar dan poster yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja boleh ditampal di dinding atau almari.
- Cadar dan sarung bantal berwarna merah hendaklah sentiasa dipasang.
- Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil.
- Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan dalam almari.
- Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di luar asrama dan bukannya di dalam bilik.
- Barang-barang seperti beg , kotak kasut tidak dibenarkan diletakkan di atas almari.
- Dilarang meletak buku, kain basahan dan baju di tingkap-tingkap asrama pada sebarang waktu.
- Kasut dan alas kaki hendaklah disimpan dan disusun secara teratur di tempat-tempat yang disediakan.
- Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering. Pakaian yang jatuh hendaklah diambil segera. Jika tidak, pakaian tersebut akan dirampas oleh pihak berkuasa asrama.
- Pelajar tidak dibenarkan memasak didalam bilik atau mana-mana bilik asrama yang disediakan. Memasak tanpa pengetahuan warden adalah satu kesalahan besar.
Perabot dan kelengkapan
- Tilam mestilah bercadar dan bantal hendaklah sentiasa bersarung.
- Perabot bilik tidak boleh ditukar, ditambah, dikurang, dialih atau diubahsuai susunannya tanpa kebenaran.
- Semua perabot dan harta benda sekolah yang diperuntukkan kepada pelajar adalah tangggungjawab semua penghuni.
- Semua suis elektrik hendaklah dimatikan apabila penghuni meninggalkan asrama
- Peraturan Bersukan Wajib berpakaian menutup aurat ketika bersukan.
- Seluar pendek dan baju lengan sangkut adalah tidak dibenarkan.
Peraturan Mandi & Mencuci
- Wajib bercelana ketika mandi dan mandi hanya 10 minit sahaja.
- Tidak dibenar bermain-main ketika mandi.
- Bilik mandi kena sedia bersih dan kemas.
- Kain basah tidak dibenar disimpan di bilik mandi.
- Mencuci di mesin basuh di waktu pagi dan petang selepas mandi.
- Tidak dibenar mencuci seorang dengan mesin dengan kain yang sedikit.
Peraturan Bersukan
- Wajib berpakaian menutup aurat ketika bersukan.
- Seluar pendek dan baju lengan sengkat adalah tidak dibenarkan.
- Bersukan mesti pada masa yang dibenarkan iaitu selepas asar.
- Peralatan sukan kena disimpan dan dijaga selepas digunakan.