- Lelaki berumur 8 tahun sehingga 15 tahun
- Sihat tubuh badan dan mental
- Minat untuk belajar
- Lulus temuduga kemasukan oleh pihak Maahad
- Patuh pada disiplin dan berakhlak mulia
- Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan
- Dikalangan ibubapa yang boleh bekerjasama dengan pihak maahad untuk membina kejayaan anak didunia dan diakhirat
MAKLUMAN UMUM
- Semua pelajar adalah wajib mematuhi jadual harian aktiviti seperti yang tercatat dalam jadual.
- Solat fardu adalah wajib dihadiri dan ditunaikan secara berjamaah.
- Pelajar wajib menghadiri semua kuliah yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran termasuk
kuliah tafaqquh, kuliah akademi dan kelas alquran. - Pelajar mestilah sentiasa dalam keadaan kemas.
- Pelajar adalah wajib menutup aurat di mana sahaja bersesuaian dengan perintah Agama.
- Tidak dibenarkan keluar dari asrama untuk membeli makanan atau bahan keperluan lain
kecuali dengan izin. - Para pelajar adalah wajib menghormati semua guru dan menjaga adab-adab pergaulan serta
percakapan. - Pelajar hanya dibenarkan pulang pada tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh pihak sekolah
sahaja. - Kepulangan pelajar hendaklah diambil oleh keluarga/penjaga sahaja. Pelajar tidak akan
dibenarkan pulang sendiri melainkan dengan izin pengetua atau kebenaran keluarga/penjaga
dengan syarat pihak keluarga/penjaga memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak sekolah. - Keperluan balik diwaktu lain adalah tidak dibenarkan melainkan hal-hal kecemasan sahaja
seperti kematian, sakit, majlis keramaian dll berdasarkan keadaan dan pihak keluarga/penjaga
perlu memaklumkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu. - Pelajar hendaklah dihantar kembali ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum jam
10 malam dan hendaklah menandatangan buku rekod kehadiran. - Keluarga/penjaga hanya dibenarkan melawat pelajar pada hari sabtu dan ahad sahaja iaitu
pada setiap minggu. Pelajar tidak dibenarkan keluar melainkan hanya pada sabtu dan ahad
yang dibenarkan keluar sahaja berdasarkan jadual yag telah diberikan. - Lawatan yang dibuat oleh keluarga/penjaga pada hari persekolahan adalah tidak digalakkan
terutama pada waktu malam dan pelajar tidak akan dibenarkan berjumpa dengan keluarga
mereka. - Pelajar hanya dibenarkan keluar bersama keluarga 2 kali sahaja setiap bulan.
- Pihak sekolah boleh membatalkan kebenaran keluar sekiranya ada program yang melibatkan
pelajar pada hari tersebut. Oleh itu adalah dinasihatkan kepada keluarga/penjaga
memaklumkan kehadiran mereka terlebih dahulu kepada pihak sekolah. - Keluarga/penjaga tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar secara terus. Keluarga/penjaga
perlu mendapatkan kebenaran dari warden yang bertugas terlebih dahulu. Kegagalan
meminta izin merupakan satu kesalahan dan pelajar tidak akan dibenarkan bertemu dengan
keluarga/penjaga. - Sekiranya keluarga/penjaga berhajat membawa keluar pelajar, mereka perlulah terlebih
dahulu menandatangan rekod keluar masuk pelajar dan borang kebenaran yang disediakan.