Assalamualaikum dan salam ramadan
Ramadan tahun 2025 hanya Maahad Tahfiz Bustanul Quran (MTBQ) dijemput oleh Menara KL (KL Tower) & Hotel Seri Pasific KL meraikan keberkatan ramadan bersama pelajar MTBQ.
Alhamdulillah rezeki pelajar dapat menikmati juadah berbuka puasa, naiki bas hop on hop off ronda ronda KL, terima sumbangan wang pelajar dan juga untuk MTBQ.
Ianya menyuntik semangat dan kekuatan kearah menjadikan MTBQ lebih dikenali & diyakini sebagai institusi pelajaran tahfiz dapat melahirkan lebih ramai huffaz di negara kita..
Walaupun MTBQ sebuah maahad tahfiz swasta berstatus kecil dengan bilangan keseluruhan pelajar seramai 27 orang, namun dapat merealisasikan pencapaian pelajar. Sejak penhujung tahun 2022 ( selepas covid dari th 2019-2022) sehingga 2024 seramai 3 orang pelajar telah khatam.
Tahun 2025 seorang lagi pelajar akan khatam dijangkakan sebelum penghujung bulan ini menjadikan semua hafiz seramai 4 orang.
Saya mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan atas usaha, inisiatif, sumbangan, sokongan & kerjasama baik mudir / guru2, semua AJK dan siapa sahaja yang berkaitan..smoga Allah berkati , anugerah pahala supaya kita semua berbahgia dunia dan akhirat..Aamiin










